PENGANGKATAN GEREJA & PERISTIWA AKHIR ZAMAN

Walau Apa Pun Latarbelakang Anda, Kekayaan Anda, Pendidikan Anda, Pekerjaan Anda, Keturunan Anda, Status Anda.. Siapa Pun Anda Saat Ini, Anda Wajib Mengetahui Tentang Peristiwa Yang Berlaku Pada Akhir Zaman….

PERHATIAN: Terdapat Banyak Hal Yang Amat Berat dan Mematikan Yang Telah Di Alami Oleh Orang-Orang Yang Tertinggal Di Bumi Pada Waktu Kerajaan AntiKristus..

Dari Meja Pst. Miran Berol

Menceritakan PERISTIWA AKHIR ZAMAN yang akan segera terjadi iaitu tentang DAN KERAJAAN ANTI KRISTUS. Dia telah diperlihatkan oleh Tuhan bagaimana proses pengangkatan itu terjadi sebelum kerajaan anti Kristus memerintah sepenuhnya di bumi. Terdapat beberapa alasan yang Alkitabiah telah dipaparkan dalam buku ini yang akan menjadi jawapan kepada perkara tersebut.

Dia juga telah diperlihatkan oleh Tuhan tentang corak pemerintahan kerajaan anti Kristus selepas sahaja orang-orang kudus telah diangkat oleh kuasa Roh Kudus. Terdapat banyak hal yang amat berat dan mematikan yang telah dialami oleh orang-orang yang telah tertinggal di bumi pada waktu itu APAKAH ANDA SEDANG BERADA DI POSISI BERJAGA – JAGA ATAU TIDAK ? KERANA PENGANGKATAN AKAN BERLAKU PADA BILA-BILA MASA SAJA SEBELUM ANDA SEMPAT BERBUAT APA-APA.. Pst. Miran ingin berkongsi kepada anda tentang kesusahan besar yang dihadapi oleh manusia yang tidak bersedia tentang hari pengangkatan Tuhan.. “..Tetapi kewarganegaraan kita di syurga. Dengan penuh harapan kita menanti-nantikan kedatangan Penyelamat kita, Tuhan Yesus Kristus dari syurga..” ( Filipi 3:20 ) Pada tahun 1999, saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan oleh gereja tempatan di Hobut Kudat.

Pembicara utama di dalam seminar ini ialah seorang nabiah Tuhan Moris @ Maureen Lajangang dan rasul Tuhan Nickson Majiau. Pada suatu masa, ada panggilan altar dan ramai orang yang maju ke hadapan termasuk saya. Kedua-dua hamba Tuhan tersebut mendekati saya dan mengucapkan satu nubuatan sambil tangan mereka ditumpangkan di atas kepala saya. Ucapan nubuatan mereka adalah:- “ Engkau adalah alat yang dikhususkan. Engkau akan melihat dan mengetahui kerajaan syurga. Engkau akan dipenuhi hikmat dan pewahyuan dari TUHANmu tentang apa yang akan terjadi di masa hadapan. Engkau akan menceritakan kepada manusia tentang kesudahan yang merupakan penggenapan kepada firman Tuhan tentang akhir zaman.”

Ketika mereka selesai mengucapkan nubuatan ini, timbul di dalam hati saya satu keinginan yang sangat kuat tetapi saya belum pasti apa itu. Setelah selesai seminar, saya mendengar beberapa teman saya bercerita tentang syurga dan akhir zaman. Timbul kembali keinginan yang lebih kuat dari dalam hati saya untuk mengetahui sesuatu dengan lebih dalam iaitu tentang syurga dan akhir zaman. Maka pada masa itu dalam tahun 1999, saya mengambil keputusan untuk berdoa supaya Tuhan menyingkapkan kepada saya tentang hal ini. Bermula pada tahun 1999 hingga pada tahun 2006, saya berdoa bahkan kadang-kadang berpuasa. Saya begitu yakin dengan janji Tuhan yang berkata:- “ Berserulah kepadaKu maka Aku akan menjawab engkau dan akan memberitahukan kepadamu hal-hal yang besar dan yang tidak terpahami, yakni hal-hal yang tidak kau ketahui.” ( Yeremia 33:3 ) “ Kemudian daripada itu akan terjadi, bahawa Aku akan mencurahkan RohKu ke atas semua manusia, maka anak-anakmu laki-laki dan perempuan akan bernubuat; orang-orangmu yang tua akan mendapat mimpi; teruna-terunamu akan mendapat penglihatan-penglihatan.

Juga ke atas hamba-hambamu laki-laki dan perempuan akan Ku curahkan RohKu pada hari-hari itu.” ( Yoel 2:28-29 ) Maka bermula pada awal pagi 2 JANUARY 2006, ketika Roh Kudus memimpin saya naik ke Rumah Doa atau Revival Prayer Centre ( RPC ) dan masuk ke dalam bilik doa di mana saya selalu berkurung bersama dengan Tuhan, Dia telah memperlihatkan dan memberitahukan kepada saya tentang rahsia kerajaan syurga, pengangkatan ( 1 Tesalonika 4:14-18 ) dan kesusahan besar tahap pertama dan kedua ( Zefanya 1:14-18 ).

Perkara yang amat penting yang harus kita ketahui di akhir zaman ini ialah “ apakah kita sedang berada pada posisi BERJAGA-JAGA atau tidak?” kerana pengangkatan akan terjadi pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu berjaga-jagalah dalam setiap waktu di dalam doamu. Diperkenalkan kepada anda Sebuah buku yang mencatatkan tentang waktu PENGANGKATAN dan PERISTIWA AKHIR ZAMAN.Dapatkan Buku ini Sekarang Juga >>Dalam Harga RM20.00 Sahaja<< INGAT: Tujuan utama pesan Tuhan dalam buku ini adalah untuk memperingatkan kita supaya mempertingkatkan sikap BERJAGA-JAGA dan SEDAR di dalam Tuhan kerana masa sekarang ini adalah masa PENANTIAN. Bila-bila masa sahaja pengangkatan akan terjadi. Sahabat Anda, Pst. Miran Berol Contact : 0138966958 (hp) Email : miranberol@gmail.com


Wahyu tentang Akhir Zaman!

http://marinoh-silalahi.blog.friendster.com/2006/11/#_Toc111177538

http://www.miranberol.com

About these ads

35 Responses to “PENGANGKATAN GEREJA & PERISTIWA AKHIR ZAMAN”

  1. G.Debora Joannes Says:

    Pastor,I was trully blessed by the book.. How am I being able to buy the first and the third book?..Does those book available at the christian shop?..is it being sold in market?

  2. G.Debora Joannes Says:

    I praise Him with all of my heart…Thank You Lord for Your love..When I read the book,I was in a deep regret..I’ve done so much sin and I was not sure if I deserved to be with Him in heaven.. But then,I prefer not to think about it when I know how tragic it will be when the anti-Christ take over the world..!

  3. Slam saudara, sya terpegun dan kagum bila terbaca buku peristiwa akhir zaman tulusan saudara.Hati dan mata sya terbuka bila merenung segala kebesaran Tuhan melalui utusanNya iaitu,saudara….
    Sya mgucap sykur krn bku yg Saudara terbitkn mampu mbuka mata para anggota yg lain.. Tuhan memberkati………….

    • Saya juga bersyukur kerana anda telah membacanya.Semoga apa yang anda saksikan melalui karya saudara Meran ini akan mendekatkan anda kepada sang pencipta dan tiada yang mampu memberi kita keteguhan iman hanya dengan menyaksi sendiri kebaikan Tuhan dalam hidup kita.Anda diberkati!

  4. Rafail Gampawi Says:

    Nota : Disertakan surat untuk pemberitahuan awal.

    Rosimah Daud,
    SIB Mangaris Dua,
    Kota Marudu.
    _____________________________________________________________

    Rujukan : NATAL UMUM/ SIB/ MG2/KM/ 2010
    Tarikh : 5/ 12/ 2010

    Melalui,
    Ketua SIB,
    Kaswasan Kota Marudu.

    Pastor Miran Berol,
    Locked Bag 13SM,124,
    Poskod 89009, Keningau

    Pastor,

    JEMPUTAN SEBAGAI PENGKHOTBAH SEMPENA NATAL PERINGKAT SIDANG

    Shallom dan salam damai dalam Tuhan Yesus Kristus.

    02. Sukacita kami maklumkan bahawa AJK Pelaksana Natal Umum dan semua jemaat SIB Mangaris 2 mengundang pastor sebagai pengkhotbah sempena natal di sidang kami seperti ketetapan berikut :

    Tarikh : 25 & 26 Disember 2010
    Tempat : Gereja SIB Magaris Dua, Kota Marudu.
    Masa : 7.00 Malam pada 25/12/10 ( Sessi 1 )
    9.00 Pagi pada 26/ 12/ 10 ( Sessi 2 )
    Tema : “ SORGA DAN NERAKA”

    03. Terima kasih kerana pastor memberi perhatian tentang perkara ini. Saya juga percaya dan yakin bahawa semua jemaat yang hadir dan mendengar khotbah pastor, pasti akan diberkati.

    Sekian.

    “ BERIMAN DINAMK”

    Melayani dalam kasih,

    ( ROSIMAH DAUD )
    Pengerusi Pelaksana Natal Umum.

  5. Kami sudah membacanya dan mendapati timbul berberapa kemuskilan dan keragu-raguan antara realiti kebenaran dan imaginasi,sebab ada berberapa catatan penulis yg tak relevan atau sejajr dengan kebenaran Firman Tuhan.Saya hanya dapat simpulkan bahawa penulis buku ini masih melihat melalui cermin bayangan serta pengalaman yang pernah dilalui oleh nabi/hamba Tuhan dalam Alkitab.Kami bukan anti atau menentang pengakuan penulis ini(Ps.Meron)tetapi ada berberapa penryataan beliau yg tak begitu relevan dengan Firman Tuhan

    • Terima kasih saudara Dr Jloudin.Saya faham.Sejak kecil saya juga diberi banyak penglihatan tentang akhir zaman.Baik sewaktu tidur,ketika sedang berjalan dan sedang berehat.Sehingga menginjak dewasa,saya masih tertanya-tanya apa yang sedang Tuhan ingin jelaskan kepada saya.Penglihatan saya terima pada tahap saya mengabaikan bacaan firman Tuhan.Saya pasti itulah cara Tuhan menegur saya akan keberadaan-Nya.Sehingga kini saya yakin disertai bacaan firman Tuhan.Memang,Penglihatan kita tidak sempurna. (1 Korintus 13:9-10)Namun,saya tidak pernah menganggap rendah nubuatan.Kita uji itu berdasarkan firman Tuhan.(Wahyu 2:2-5)Apa yang sempurna ialah KASIH.GBU!

      • “Penglihatan dan Mimpi”ialah ilham dan pekerjaan Roh Kudus diAkhir Zaman.(Kisah 2)TUHAN berbicara melalui mimpi dan penglihatan.Roh Kudus ingin menyatakan kehendak dan rencanaNya.Nubuatan juga ialah cara Roh Kudus menyampaikan msg,ilham dan Firman Tuhan.Nubuatan ialah satu topik yg luas tapi secara singkat,Nubuatan ialah penyingkapan rohani Roh Kudus baik melalui mulut Nabi maupun yg diurapi untuk berakata-kata dlm bahasa nubuat.Stu cari cabang nubuat ialah menyingkapkan hal-hal yg akan datang.Ujian jati nubuatan ialah “Apa yg dinubuatkan mesti akan digenapi”Kalau seseorang itu bernubuat dan apa yg diucapkannya tidak terjadi/digenapi…itu ialah palsu dan kita meragui pembcara itu..Ramai nabi palsu,nubuatn palsu dikalangan gereja Tuhan.Kita perlu mengujinya apakah relevan dgn firman Tuhan.
        Sdr.Ribka,bukanlah perkara luarbiasa seseorang itu mengaku menerima banyak penglihatan sebab sudah ramai yg mengaku demikian.DAN mereka yg menerima penglihatan tidak semestinya punya lebih tinggi moral dan rohaninya.Menjalang akhir zaman “penglihatan,mimpi dan nubuatan”akan kerap dipakai Roh Kudus untuk berbicara namun kerana pengatahuan Firman yg dangkal,terjadilah kecacatan,terputarbalik dan tersalah tafsir.Karunia penafsiran bahasa roh(bahasa Roh Kudus)amat diperlukan dan saya tak nampak ramai yg diurapi untuk memegang posisi ini.KASIH tak sempurna selagi kita hidup didunia.KASIH hanya akan sempurna bila berada disorga.
        Sila email pada saya pengalamn penglihatan yg anda maksudkan dan saya ingin mengujinya dibawah kaca mata Firman Tuhan.Ada teman seiman(sdr.Epin disandakan)beri saya buku singkat catatan sdr.Meron dan saya selesai membacanya.Namun saya melihat ada catatan beliau yg tak relevan dgn Firman Tuhan.Kerana itu jgn kita menerima penyataan itu 100% sebab saya setuju dgn anda,bahwa penglihatan kita tidak sempurna bahkan salah tafsirannya sehingga memusnahkan iman ramai orang.
        Shalom dalam Kasih Tuhan Yesus Kristus

      • Saudara yang budiman tidak semua hamba Tuhan itu sempurna sekalipun mereka bergelar nabi!Saya juga seperti saudara amat berhati-hati dengan mereka yang bergelar nabi.Itu saat permulaan pergerakan roh dalam diri saya.Saya ingin semua pendeta,pemimpin saya semuanya “perfect”.Namun,sedihnya bila lebih dekat kita mengenali mereka tampaklah segala kecacatan dan Kelemahan mereka.Pernah sekali saya menggelar pemimpin senior saya seorang nabi palsu kerana tidak senang dengan perkataannya.Tapi akhirnya melihat kelemahan diri sendiri saya sedar manusia ini terbatas dan tidak sempurna dalam perkataan.Sometimes,oleh kerana terlampau sibuk mereka berjanji seperti penipu dan tidak menunaikannya.Mungkin benar seperti firman Tuhan seorang nabi tidak dihormati di tempatnya sendiri.Namun,kenyataannya kita tidak dapat membantah firman Tuhan dalam wahyu 2:2-5.Betapa dalamnya kita telah jatuh !Kasih itu lebih sempurna jika kita hidup dari sudut pandangan yang lebih positif bukan prasangka-prasangka kita sendiri.Kita menguji mereka yg mengatakan dirinya rasul padahal bukan tapi penipu…(wahyu 2:2)anehnya dicela oleh firman kerana jatuh dari hukum KASIH!.Terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen yang baik.GBLESS!

  6. Saya sangat bersyukur sekali kepada TUHAN YESUS kerana memakai hambanya Miran Berol untuk memberitahu kita tentang bagaimana pengangkatan terjadi dan juga mengenai peristiwa yang akan berlaku di hari-hari akhir ini.Terima kasih TUHAN kerana masih memberi kita kesempatan untuk hidup sesuai dengan rencana dan keinginan Tuhan utk hidup kita dan bukan keinginan kita sendiri.Sungguh besar tak terhingga kasih TUHAN kepada umat manusia kerana DIA inginkan ramai jiwa-jiwa diselamatkan sebelum kedatanganNYA yang kedua kali.Terpujilah nama TUHAN YESUS.AMEN.

  7. alfred gansau Says:

    pastor terima kasih atas buku syurga menanti kepulanganmu,….sngat memberktai sya…..

  8. kartini Says:

    saya telah menbaca pengangkatan, sorga menanti kepulanagan mu dan peristiwa 7 tahun di syurga. saya dapati buku ini amat membantu mengukuhkan iman saya.

  9. Ryn Brenda Junaidy Says:

    sa iala pljr smk matunggong, ting 3. sa bru thn ini brusaha unk mjdi y semprna d dlm tuhan tpi, sa tkn prna smpurna jga. krjn allah smgkn dekt. bbrapa hari y lpas, sa mdpt pglihatn no. 666 d dlm warna api dn no. 6 y d tnga2 itu 6 brkuasa 3. sa jg mimp smlam roh sa mlayang layang d dlm dorm sa. sblm tdur sa trnampak ssuatu y putih. sms sa tdur ke 22 jari sa brgegar. sa tengking ssuatu y mghimpit sa. org sbla sa brdoa sebab tangan sa brgeger. tba2 sa nampak lut sinar dn brcakap dngn sa tpi sa x ingat papa2 kecuali ” kw akn dpt b.roh” sa sangt sdh skranya x diangkt. kwn sa mdpt pglihatan suasana pengangktn y ke 2 ktka dya bca. wahyu 7. tlong la sa. smg tuhan membrkati kmu.amen…..

  10. sy sangat di berkati dengan penulisan saudara dalam tiga buku yg di terbitkan,ya sy ada …Tuhan memberkat..

  11. MUHAMMAD DANIEL Says:

    kesianya kamu…bgus kmu bertaubatla…sya cabar ko brdebat pasal agama..ko bawala pa saja bible yg ko ada..sy ble buktikn yg tuhan yesus bukan tuhan…berhentila drpada mnyebut tuhanmu tu 3…brapa lama lg kamu kasi sesat orang…sudala…dulu ko tnya saya pasal dajal…skrg sya akn jawap pnjang lebar…1 kuasa dunia yg mnyesatkan…iaitu dunia israel@amerika…ko twka stlah tuhan yg kmu pngl yesu mati bru ada agma yg d cipta…sudah bnyak kbnaran islam tp knapa kamu x sedar…sy tanya ko napa ketua paderi sabah msuk islam…sbab org pintar sja yg mnemui jaln kbnaran..YA ALLAH…sy tnya ko lg…tuhan kamuka yg cipta ni bumi???? sdangkn bumi suda trcipta bru dia ada??? ko rajin2la buka you tube…taip injil vs quran atau islam vs kristian…bertaubatla…

  12. MUHAMMAD DANIEL Says:

    pastor miran berol ko caka ko pernah pegi syurga..MASYALLAH..adoi…lngsung x logik…sdangkn nabi sndiri ckp yg dorang blum comfm msuk syurga….sy tanya ko lagi..dalam islam kami mempunyai 99 sifat tuhan…dan skrang sy tanya ko brapa sifat tuhan yg kamu ada??? suma yg kuasa isa al masih basal dri ALLAH…tuhan yesus sndiri yg cakap…napa org pendiayah2 kristian d amerika meletakkn nabi muhammad no 1 dan yesus no 3??? ble jawapka pastor???sy bgtw pastor suda ramai org amerika@ rahsiakn pasl penemuan kalimah Allah di angkasa lepas…napa kamu x sedar??? al quran sgala2nya jawapn dalam kemuskilan…

    • Anda amat berghairah,kita akn berdebat dgn cara yg baik,ok.Kekurangan pd agama anda cukup jelas tiada keyakinan tentang “Kerajaan Surga”.Bagaimanakah anda boleh terus menganut agama yg anda sendiri ragui kewujudannya?Isa Al Masih,adalah Alfa & Omega(Yang Pertama & Yang Terakhir)~bagi org Islam “Allah” mempunyai nama al awal dan al akhir.

      Di dalam diri Isa Al Masih(terangkum seluruh sifat keilahian)Dialah Allah itu sendiri.

    • Semoga orang-orang yg belum mengenal siapa itu Tuhan Yesus,akan mengenal dan menyembah serta memuji Dia,kerana setiap lutut akan bertelut,setiap lidah akan mengaku bahawa Yesus lah Tuhan.HALELUYA YESUS

  13. saya bersyukur krn kesaksian mlalui buku ini.sy nak tahu sekiranya buku ini ada d tulis dlm bahasa English?

  14. Hezron Ladam Says:

    Haleluyah… Haleluyah.. Haleluyah.. Kudus, Kudus, Kuduslah Nama Tuhan kita, YESUS KRISTUS.. Raja segala raja.. Gembala yang Baik!…

    Tuhan Yesus memberkati… Amin..

  15. avisit Says:

    Saya telah membaca komen komen saudara tentang hari pengangkatan.dan juga komen saudara islam tentang saudara.saya tahu umat islam tidak dapat menerima Yesus sebagai Anak Manusia yang akan datang di hari pengangkatan.Mereka masih dengan pendirian mereka bahawa Yesus Kristus hanyalah tukang kayu.ketahuilah,Orang orang fasik tidak akan percaya kepada Firman Tuhan.Roh iblis yang ada dalam Bait Allah(hati) mereka selalu menjerit Tiiidak!kepada ketuhanan Yesus Kristus.Mereka benci kepada Nama Yesus Kristus Anak Allah yang Mahatinggi.tentang hari pengangkatan,kita sebagai manusia yang hidup oleh Rohkudus harus mempercayainya.kita harus ingin tahu bilakah Tuhan Yesus datang,Sebab jikalau kita tidak tahu bilakah Tuhan kita sendiri datang untuk mengangkat kita,kita akan ketinggalan.Left behind.Walaupun Tuhan sendiri yang mengatakan Bapa sahaja yang tahu tapi kita sebagai orang percaya harus percaya tiada Rahsia yang tidak akan terungkap.Tuhan Yesus sendiri berkata dalam Wahyu kepada 7 jemaat bahawa kita disuruh harus tahu bila hari kedatangannya.kerana jikalau kita tidak tahu,Tuhan yesus akan datang seperti pencuri kepada kita dan kita akan tertinggal.kita juga harus tahu siapakah antikristus itu kerana sebelum tuhan Yesus datang,harus dinyatakan dahulu manusia durhaka itu iaitu pemimpin keji yang meninggikan diri.kerana jikalau tidak dipersingkat waktu penganiayaan itu,orang orang pilihan pun tak akan selamat.tetapi kerana orang pilihan waktu itu akan dipersingkat.belajarlah alkitab dengan teliti dan harus dipimpin rohkudus agar Rohkudus akanmenjadi guru kita yang ajaib.Puji Tuhan,Tuhan Yesus akan segera datang mengangkat Orang Percaya dan Mereka yang telah mati demi Kristus akan dibangkitkan Bersama sama kita menyonsong Tuhan di udara.Amen.

  16. Mohammad Daniel @ Ghandi Dussek–Sumbiling—mualaf….suatu hari nanti, Yesus akan berkata saya tidak mengenal kamu hai orang yang tidak mengenal kebenaran….dan tidak menerima penebusan kerana kau akan diadaili mengikut hukum Taurat dan Hudud..

  17. puji Tuhan.saya juliah mojunal berasal dari kudat,tinggal di kampung pinorat,paroki kudat selatan.sya sangat ber syukur kepada hamba TUHANiaitu pendeta miran..saya tersungkur atas terbitan buku 1,2 dan 3..saya menanagis setelah saya membaca buku TUHAN YESUS.saya katakan buku itu, bukuYESUS.saya tersedar,bahawa saya juga pekerja di rumh TUHAN.banyk kesilapan besar yang kulakukan tidak tertunai..bila saya baca buku ke 2,saya takut,kumerasa TUHAN YESUS ada di samping saya..lalu ku terus berdoa.demikian juga buku ke 3,saya tertanya pada diri sendiri apakah aku,pun disana,,kutanamkan dalam hatiku,harus yakin dan percaya..setelah habis baca.ke3 buku itu..saya merasa sangat di berkati..

  18. pirin Says:

    Shalom, saya telah membaca buku “peristiwa 7 tahun di surga” oleh Pst. Miran Berol pada bulan Mei 2012, Saya secara pribadi diberkati oleh kesaksian beliau, saya juga terdorong utk mengongsikan secara ringkas kesaksian yg dialami anak saya pada 19 & 20 Februari 2012, anak saya baru berumur 11 tahun 6 bulan ketika dia dilawat Tuhan dalam tidurnya dan dibawa melihat surga dan juga neraka. Menurut anak saya, Yeremia (nama), semasa dibawa ke surga dia telah dibawa menaiki sebuah tangga emas yg sangat terang menuju atas ke sebuah gerbang yg sangat besar, gerbang itu bersinar terang keputihan dan sangat indah. Sewaktu dia tiba di gerbang itu dia melihat Yesus tersenyum menunggu dan mengatakan “Ikutlah Aku”. Anak saya mengatakan bahwa dia merasakan ada perasaan sukacita dan damai luarbiasa yg belum pernah dirasanya apabila berada dekat dgn Yesus. Anak saya menyatakan siang di surga adalah sgt terang namun tidak panas, dia melihat tiada matahari di situ. Dia melihat banyak sekali pohon buah buahan dan bunga yang sgt cantik, pemandangannya permai dan sgt indah sehingga sukar utk anak saya jelaskan pada saya. Dia turut melihat laut dan kagum melihat lautnya kerana sgt jernih sehingga dapat melihat dasarnya, terdapat byk jenis ikan di laut itu. Terdapat juga binatang dan semua binatangnya jinak, kecuali ular, menurut anak saya dia tidak melihat seekorpun ular di situ. Dia bersama sama dengan Yesus serta dua malaikat yg selalu mengiringi pergi ke suatu kawasan yang sgt luas sprti tiada penghujungnya dan kawasan itu terdapat banyak rumah, dia juga telah diperlihatkan ada rumah yang sedang merosak dan meroboh, dan ada rumah yang sedang terbina dengan sendiri. Anak saya lalu bertanya pada Yesus kenapa rumah tersebut demikian, Yesus menjawab “rumah itu menjadi rosak dan roboh apabila umat KU melakukan dosa dan tidak bertobat, tetapi jika umat KU bertobat,rumahnya akan dipulihkan kembali. Yesus juga memberi pesan bahwa untuk membina rumah di surga umatnya perlu selalu berdoa,membaca Firman Tuhan, memberi persepuluhan, bersaksi , melayaniNya dalam apa juga bentuk pelayanan dan mentaati perintahNya. Dia juga telah dibawa ke sebuah tempat yang kelihatan seperti dewan yg sangat besar dan besarnya juga seolah-olah tiada penghujung, Ruangan itu dihias sgt cantik seperti utk acara jamuan dan terdapat banyak sekali kerusi dan meja terbuat drp emas, di atas setiap meja tersebut tersedia peralatan utk makan terbuat drp emas dan di setiap kerusi serta meja ada kelihatan tertulis nama, semuanya kelihatan sgt indah. Yesus memberitahunya “inilah hadiahKU kepada umatKu yang setia kepadaKU”. Kemudian anak saya melihat barisan alat musik serupa trompet yang sgt besar telah siap teratur dan di setiap trompet itu ada seorang malaikat yang berjaga dan seperti menunggu arahan untuk meniup trompet itu kemudian Yesus berpesan “bertobatlah! Aku akan datang pada bila-bila masa lagi”. Amin. Sebagai seorang Kristian, yg percaya Yesus Kristus, perkara yang penting untuk dilakukan adalah sentiasa mentaati kehendak Tuhan iaitu berdoa, membaca Alkitab, bersaksi. dan yang bekerja perlu memberi persepuluhan, Jika berpeluang melayani Tuhan, lakukanlah pelayanan itu dengan segenap hati untuk Tuhan dan bukan untuk mengalas perut atau mendapat kedudukan atau kehormatan manusia tetapi lakukannya kerana kasih kepada Tuhan dan sesama manusia. Berbahagialah mereka yang mendapat pujian dari Tuhan dan menerima upah yang selayaknya dari Tuhan sendiri. Bersiap-siaplah dan BERUSAHA kuduskan diri SELALU untuk menghadapi kedatangan Yesus di awan awan utk mengambil gerejaNYA tidak kira bila waktunya tiba, mgkin mlm ini, esok, bulan depan, tahun depan atau 10 tahun lagi, namun tetaplah setia dan siap sedia sepanjang masa.

  19. Gereja Tuhan Yesus Yang Benar Says:

    GerejaNya harus ada nama Yesus Yang Benar,kalau tiada bermakna palsu….sekarang banyak gereja….sepatutnya hanya satu Gereja….satu iman….satu ajaran…satu Tuhan dan semuanya harus satu……

  20. olivia osen Says:

    Muhammad daniel-syallom…kami sbgai umat kristian tetap hargai dgn apa y ko kmen pasal agama ni sbb kmi taw sukar bg ko trima sesuatu agama tu law ko dh pn dlahirkn dr agama y lain,apapun jgn la kmen tlebih-lebih pasal agama org law agama ko sdri pun tlalu byak sgt kekurangannya..apapun law ko mati nanti atau waktu pengakhirannya nanti la ta tgok cpa y patut d sembah dan cpa y tidak..tapi dgan yakinnya sa ktakan Yesus Kristuslah y patut d sembah..haleluyah!

  21. Tuhan berkati para hamba MU yang kau urapi Aminnn

  22. jennyjen Says:

    salam kpada saudara2x ku. saya sangat diberkati dengan kesaksian saudara miran berol. saya telah pun membaca tentang kesaksian saudara yang bertajuk [ SURGA MENANTI KEPULANGA MU ]oleh saudara miran berol. dan kni saya sedang membaca tentang kesaksian beliau yang bertajuk [ PENGANGKATAN...peristiwa di akhir zaman ] saya menjadi takut pada saat saya membaca kesaksian itu tapi pada masa yang sama juga saya turut diBerkati. semoga dalam pembacaan saya yang terakhir saya ingin mempunyai satu kesaksian untuk umat Tuhan yang berada di luar sana. Doa kan saya? Tuhan memberkai Amin.

  23. Raynold Says:

    Shallom! Cara yang tepat untuk menguji nubuatan bukan sahaja sama ada ia digenapi atau tidak atau mengujinya dengan pengetahuan theologia, tetapi apakah buah yang dihasilkan oleh nubuatan tersebut. Apakah nubuatan tersebut menghasilkan pertobatan dan buah-buah Roh dalam hidup orang yang menyampaikannya dan juga orang-orang yang membacanya. saya yakin itu lebih penting daripada mempersoalkan sama ada digenapi atau tidak (menjadi pemerhati) dan mempertahankan pengetahuan theologia yang tidak sempurna. Kita seharusnya berdoa memohon hikmat dari Tuhan dan sekali gus berdoa untuk saudara Miran dan semua orang percaya yang menerima kasih karunia tersebut agar dapat melaksanakan tugas yang telah dipercayakan oleh Yesus dengan baik. Berdoa juga agar para pembaca bertobat dan menghasilkan buah-buah Roh. Apakah anda ingin terlibat dalam misi Allah ini atau menjadi pemerhati? Bagi saya, mesej Tuhan Yesus sangat jelas, iaitu: “BERTOBATLAH KERANA KERAJAAN ALLAH SUDAH DEKAT”. Saya telah membaca ketiga-tiga buku tersebut dan sedang menantikan penerbitan buku yang keempat. Saya mendapati memang ada banyak kelemahan dalam cara penyampaian namun itu tidak bererti mengabaikan mesej penting di dalamnya. Akhir sekali, doa saya adalah agar lebih ramai orang percaya yang dipanggil dalam pelayanan ini. Amin! Immanuel! Maranatha!

    • Minggu lepas saya mendengar khotbah seorang pendeta yang menyatakan tentang debatnya dengan gurunya tentang ketidaksahihan Alkitab.Dia berkata,Kalau Alkitab ini benar kenapa banyak hal-hal yang jelek dipamerkan di dalam alkitab,seperti perzinaan Raja Daud.Dia juga mempersoalkan bahawa jika Alkitab itu Firman Allah yang tulen tentu yang terkandung dalam alkitab hal-hal yang murni.”Gurunya menjawab,”Alkitab adalah Firman Allah kerana Ia menyatakan kebenaran sejujur-jujurnya.Alkitab tidak menyembunyikan kelemahan-kelemahan umat pilihan-Nya malah menyatakan segala sesuatu yang tersembunyi.Semuanya menjadi pengajaran untuk tidak diulangi.Tentu sahaja ketidaksempurnaan ada dan Firman Kudus mampu membersihkan hati-nurani kita yang dicemari dosa!

  24. nenah Says:

    shallom…

  25. Thanks,for your desire to read our blog.It’s more easy to read it with gentle and slow emotions.Hope you will see everything clearly.We suppose to manage it again next time.God Bless.

  26. J-Imanuel:-) Says:

    Shallom..salam kasih dari Tuhan kita..Saya sangat bersyukur dan diberkati lewat dari kesaksian saudara miran berol,sesungguhnya Allah itu baik kerna Ia masih memberi kesempatan buat kita tuk berbalik ke jalan yang benar dan bertaubat dari dosa-dosa lalu..Tuhan tidak pnah memanda dalam ng rupa,keberadaan,kekayaan mahupun apa yang kita ada sekarang..tetapi Tuhan
    memandang hati..Agama jga x menjamin apa-apa keselamatan jka kta x sungguh2x bmenerima Tuhan sbgai Raja dan Juruselamat di dlm kehidupan kita..BANGSA YANG BERJALAN DI DALAM GELAP TELAH MELIHAT TERANG YANG AJAID..Halleluyah GBU All

  27. Saudara J-Imanuel terima kasih kerana komentar yang sungguh baik.Tuhan itu baik,kebenaran tidak memandang rupa itu benar namun di sebalik kehidupan manusia banyak sekali sandiwara yang manusia pamerkan dan masih banyak hal-hal yang tidak beres dalam kehidupan kita yang perlu diterangi oleh firman Allah yang kudus.Hanya Kristus yang mampu membuka selubung yang menyelubungi hati manusia yang penuh dengan kekejian dan dosa.Begitu banyak yang menghantar komen untuk buku saudara Miran ini,saya percaya Allah punya sesuatu yang diungkapkan lewat nabi-nabi yang diurapi.Tahun lepas seseorang menghantar mesej kepada saya tentang nubuatan yang Tuhan beri kepada pastor Meran berkenaan peristiwa perdarahan yang akan terjadi di Malaysia.Tahun ini peristiwa di Lahad Datu Sabah mengingatkan saya akan nubuatan tersebut.Mungkinkah hal itu merupakan salah satu dari nubuatan tersebut.Kita akan berdoa agar hal-hal yang tidak baik tidak lagi berlaku dengan DOA kita.Doa menterbalikkan hal-hal yang buruk menjadi baik.Tuhan Memberkati anda semua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 69 other followers

%d bloggers like this: