Banyak orang mengganggap mereka arif dalam soal-saol agama dan memandang rendah orang berdosa.Tetapi Yesus peribadi yang amat menghargai orang-orang yang dianggap berdosa.Sewaktu sekumpulan orang yang yang berlagak tahu soal agama ingin menghukum seorang wanita yang berdosa.Yesus berkata,”siapa yang tidak berdosa dia dahulu harus melempar batu kepada perempuan itu.”Namun,tidak seorangpun yang dapat berbuat demikian.Yesus tidak datang untuk menghukum ,dia datang untuk mencari yang hilang dan tersesat.Sewaktu saya masih hidup di luar kebenaran saya mempunyai banyak kesaksian yang membuat saya mengganggap lebih banyak orang yang baik seperti orang samaria.Biarpun bukan orang yang sungguh alim dalam soal agama mereka mempunyai empati yang tinggi terhadap orang yang lemah,susah dan menderita.Sayangnya,ada orang yang sungguh luarbiasa dalam keagamaan tidak mempunyai perasaan belas kasihan dan mengganggap hukuman untuk setiap orang berdosa.
Suatu ketika saya begitu susah kerana harus mengangkut barang-barang yang banyak kerana berpindah tempat.Seseorang yang baik datang dan menolong mengangkat semua barangan tersebut.Perkara tersebut berlaku bertahun-tahun yang lalu tetapi masih lagi saya dapat melihat kasih yang tulus dalam peribadi yang Tuhan utus di sepanjang perjalanan hidup.Banyak orang gagal memberi pertolongan kepada orang yang memerlukan kerana mereka hidup dengan keakuan mereka dan prasangka-prasangka buruk mereka akan pendapat orang lain.Bahkan,mereka lebih suka menjaga status mereka di depan orang sungguhpun perbuatan mereka membuat orang menderita.Mereka mementingkan ego daripada belas kasihan.Akhirnya mereka akan mengalami nasib seperti Saul jika tidak bertobat.Raja Saul adalah peribadi yang sering takut dengan pendapat orang lain dan akhirnya dia gagal.Raja Daud seorang yang tidak peduli apa yang orang perkatakan dan dia tetap berjalan dengan kepercayaannya kepada Tuhan.
Mungkin dalam perjalanan khidupan kita pernah berjumpa org spt Samaritan yg baik hati.
Flp 4:5
Hendaklah semua orang dapat melihat sikapmu yang baik hati. Sebab tidak lama lagi Tuhan akan datang.






