“Hanya Kerana Kasih Karunia”

20 Julai 2008

Tempat:(L.E.C  Limbang)

Rev.Elijah Ong

Governing Pastor

Antioch President

Antioch School of Ministers,KL

“HANYA KERANA KASIH KARUNIA”

Picture1

2 Samuel 9:1

Pada suatu hari Raja Daud bertanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga Raja Saul yang masih hidup?Jika ada beta hendak berbuat baik kepadanya demi Yonatan.”

Raja Daud  pelambang dari Allah

Saul pelambang dari Umat Manusia

Mefiboset pelambang dari Kita

Yonatan pelambang dari Kristus Yesus

Yonatan telah membuat perjanjian dengan Daud.

( 1 Samuel 20:14-15)

KITA BERHARGA & ISTIMEWA DI MATA TUHAN

2 Samuel 9:3

Raja bertanya lagi kepadanya, “Adakah sesiapa daripada keluarga  Raja Saul yang masih hidup,supaya beta dapat berbuat baik kepadanya menurut janji beta kepada Allah?”

Ziba menjawab, “Masih ada seorang anak lelaki Yonatan.Dia tempang.”Si Ziba memanggil anak Yonatan itu menurut kelemahannya.Demikian seperti banyak kita hari ini ,kita langsung memanggil orang menurut kecacatan atau kelemahan mereka sebelum memanggil nama mereka.

Namun,Daud memanggil anak Yonatan itu dengan namanya.(ay.6).Bagi kita saat ini Daud melambangkan Tuhan yang begitu mengasihi kita dan memanggil kita menurut nama kita masing-masing bukan berdasarkan kelemahan kita.Semua kita istimewa di mata Tuhan.

DOSA MEMBAWA KITA MASUK KE TEMPAT YANG TIDAK SEPATUTNYA

2 Samuel 9:4 Raja Daud bertanya, “Di mana dia?” Ziba  menjawab, “ Di Lodebar,di rumah Makhir anak Amiel.”

Lodebar-Padang Gurun

Makhir-Jurujual

Dosa menempatkan kita di posisi yang tidak baik dan dijual.

JANGAN TAKUT MENGHAMPIRI TUHAN

2 Samuel 9:7 Raja Daud bertitah kepadanya, “Jangan takut.Beta akan bermurah hati kepadamu kerana Yonatan ,bapamu……Ada orang yang mempunyai rasa rendah diri yang melampau.Mereka datang dan  berkata saya hanya seorang hamba dan begitu tidak layak sekali untuk melayani Tuhan.Biarpun kita seorang hamba Tuhan kita harus mengetahui bahawa kita adalah ahli waris Kerajaan Allah yang turut sama menerima janji keselamatan dan menikmati anugerah yang besar bersama Kristus.Dan kita bukan hanya sebagai hamba tapi “anak Allah”.Roma 8:16-17

Roh Allah bersama dengan roh kita menyatakan bahawa kita anak-anak Allah.Kerana kita anak-anak Allah,kita akan menerima berkat-berkat yang  disediakan oleh Allah untuk umat-Nya.Bersama dengan Kristus,kita juga akan menerima segala yang sudah disediakan oleh Allah untuk Dia,kerana kita menderita bersama-sama Kristus,kita juga akan mendapat kemuliaan-Nya.

2 Samuel 9:8 Mefiboset bersujud sekali lagi dan berkata, “Hamba hanya seperti anjing mati.Mengapakah tuanku begitu baik terhadap hamba?”Pernyataan seperti ini tidak mendapat jawapan daripada Raja Daud.(ay.9).

Tuhan tidak menanggapi reaksi yang seperti ini.Lihatlah betapa berharganya kita di depan Tuhan.Kita melebihi burung-burung di udara yang dia beri makan .Hampirilah Dia dengan berani.

MENERIMA KEMBALI APA YANG HILANG DALAM HIDUPMU

2 Samuel 9:7C Beta akan memberi engkau semula semua tanah yang dahulu dimiliki datukmu Raja Saul.Kamu akan sentiasa dijemput makan di meja beta.”

Adakah anda kehilangan sesuatu?Tuhan akan mengembalikan apa yang hilang dari hidupmu.Pelajaran penting dari ayat ini bahawa seorang pewaris menikmati apa yang menjadi haknya.Di dalam Yesus kita semua ádalah pewaris Kerajaan Allah dan menikmati sepenuhnya janji anugerah tersebut di dalam Dia yang memberi kita kehidupan sesuai dengan apa yang dijanjikan-Nya.

Apabila Mefiboset duduk di meja Raja,kelemahannya itu tidak kelihatan.Di depan dan bersama Tuhan segala kelemahanmu akan sirna.

JANGAN LARI DARIPADA TUHAN

Mengapa Mefiboset cacat?

2 Samuel 4:4 b Ketika Raja Saul dan Yonatan dibunuh,Mefiboset baru berusia lima tahun.Apabila pengasuhnya mendengar berita kematian itu dari kota Yizreel,dia melarikan anak itu,tetapi kerana terburu-buru,anak itu terjatuh lalu menjadi tempang.

Andai sahaja pengasuh itu tahu bahawa  Raja Daud amat mengasihi Yonatan,ia tak akan melarikan diri dan Mefiboset tidak akan tempang.Apa yang menjadi persoalan kita ialah karakter yang bagaimana yang dimiliki oleh pengasuh tersebut?Apakah dia melarikan diri untuk menyelamatkan dirinya atau menyelamatkan Mefiboset?

Banyak orang saat ini yang melarikan diri dari Tuhan.Mereka tahu mereka berdosa,mereka tahu bahawa mereka mengalami pelbagai persoalan kehidupan,namun nereka tidak ingin datang kepada Tuhan membawa persoalan mereka,tetapi melarikan diri daripada-Nya.Saya pernah bertemu seseorang yang berusia lanjut,lebih tua daripada saya.

Dia mengatakan dia banyak kali melakukan kesilapan,Namun apabila saya bangun lagi Tuhan tetap memakai dan mengurapi saya.Apabila anda melakukan kesilapan jangan lari daripada-Nya.Datanglah kepada-Nya.

TUHAN MENGUTUS MALAIKAT-MALAIKATNYA UNTUK MELAYANI DAN MENYERTAI ORANG PERCAYA

2 Samuel 9:10 Kamu,anak-anakmu dan hamba-hambamu,mesti mengusahakaan tanah itu untuk keluarga tuanmu,dan berikanlah hasil tanah itu kepada mereka untuk mencukupi keperluan mereka.2.Samuel 9:10b Tetapi Mefiboset akan sentiasa makan di meja beta.”(Ziba mempunyai lima belas orang anak lelaki dan dua puluh orang hamba.)

KITA AKAN MAKAN SEMEJA DENGAN TUHAN SELAMA-LAMANYA

2.Samuel 9:10b Tetapi Mefiboset akan sentiasa makan di meja beta.”

Ketidakmampuannya menyebabkan Mefiboset tidak dapat memasuki istana.Walaupun dia mampu,dia juga tidak dapat memasuki istana raja.Mefiboset tidak melakukan apa-apa untuk dapat ketemu denagan raja.Namun,raja datang menjemputnya kerana perjanjiannya dengan Yonatan.

Tuhan rindu untuk membawa kita masuk ke dalam istana-Nya.Dia ingin menjemput kita masuk bukan kerana apa yang kita lakukan untuk-Nya,tetapi kerana Kasih Karunia-Nya.Kristus penghubung kita kepada Allah Bapa.Kita berdosa,cacat dan penuh dengan kelemahan .Namun dibenarkan oleh darah Kristus yang menguduskan kita.Di mata Tuhan semula kita amat tidak layak.Bahkan kesalehan kita juga seperti  “kain kotor” didepan-Nya.Semuanya hanya kerana “KASIH KARUNIA” Tuhan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: