PUN NGABI TANA

Suatu hari,ketika  duduk-duduk di rumah,tiba-tiba datang emosi yang amat melucukan ,maka ketawapun keluar tanpa dapat ditahan-tahan hanya kerana mengingat sesuatu yang pelik bagi bangsa lain tapi tak pelik bagi bangsa Kelabit. Bangsa ini kegemarannya ialah mengubah nama.Orang Kelabit paling kurang namanya tiga.Nama yang diberi ibu-bapa sewaktu lahir itu adalah nama yang digunapakai untuk kehidupan secara rasmi.Tapi agak janggal kalau nama ini digunakan untuk kehidupan selepas berumahtangga dan mempunyai anak.Ini kerana mereka sudah mengubah nama tersebut apabila telah mendapat zuriat.Di depan nama mereka sudah diletakkan dengan kata nama Senabu/Temabu:Raan,Merang,Rodes dan sebagainya nama-nama yang baru yang lebih unik bagi mereka.

Setiap orang yang mendapat anak lelaki pertama akan akan dipanggil dengan panggilan temabu bagi si suami,dan senabu bagi si isteri.Manakala bagi pasangan yang mendapat zuriat perempuan pertama akan dipanggil dengan panggilan temu bagi yang si suami,dan dan  senemu bagi si isteri.Itu adalah panggilan mesra terutama dalam komunikasi sehari-hari.Sesudah mendapat cucu lain pula ceritanya.Gelar yang tadinya Senabu/Temabu itu ditukar lagi menjadi PUN dan ditambah dengan pelbagai nama yang baru yang lagi unik.Contohnya Pun Saging,Pun Midang,Pun Raja Langit,Pun Mileh,Pun Ngerawe,dan banyak lagi.Dan selalunya sewaktu petukaran nama diadakan,satu PARTY atauIraungeret Kerbau ngan Be’rek,(istilah dalam bahasa Kelabit) diadakan di rumah panjang dengan dihadiri semua orang kampung tersebut.Keluarga yang menganjurkan Party tersebut selalunya akan menyediakan beberapa perkara penting seperti acara Nganid Kelibunguntuk dijadikan acara penting di dalam majlis tersebut.

Pasangan yang telah mengubah namanya itu akan mengedarkan sesuatu yang dipanggil kelibung,(istilah dalam bahasa Kelabit)untuk pakaian/kain.Kelibung  diberi oleh pasangan yang bermurah hati ini kepada semua orang yang telah menerima gelar yang sama dengan mereka di kampung tersebut.Selepas itu, barulah diadakan Iraukuman bersama.Sesuatu yang agak unik bagi bangsa ini sewaktu irau dan acara makan-makan(kuman) ini diadakan ,beberapa orang yang dianggap KUAT akan dipanggil untuk mengikuti suatu pertandingan makan LEMAK yang digantung.

Orang  yang telah menghabiskan lemak tersebut akan mendapat hadiah istimewa dari pasangan yang mengadakan party tersebut.Apa yang menjadi fokus dan perhatian saya sewaktu menulis artikel ini hanya suatu nama yang unik yang dipilih oleh seseorang untuk dijadikan namanya.Suatu nama yang mengingatkan kita pada Abraham satu nama besar dalam sejarah (Bapa bagi segala bangsa ).Nama tersebut ialah Pun Ngabi Tana yang bermaksud orang yang menguasai bumi hingga ke hujung bumi.

Kedengarannya agak bombastik tapi tak aneh  bagi mereka.Tuhan  juga gemar mengubah nama umatnya.Ia mengubah  nama Abraham yang pada  mulanya ialah Abram menjadi nama Abraham. Nama Abram telah diubah,tetapi bukan menurut sesuka hati.Tuhan telah mengubahnya.Pada Zaman Alkitab,Tuhan,sering mengubah nama orang untuk menyatakan apa yang akan dilakukan-Nya melalui orang tersebut.Nama Abram(bapa sanjungan)diubah menjadi Abraham(bapa bagi ramai orang)kerana Tuhan telah berjanji untuk menjadikan dia bapa bagi banyak bangsa (kejadian 17.5) dan  melalui dia,”Aku akan memberkati semua bangsa di bumi”Kejadian 12.3

Mintalah kepadaKu,maka BANGSA-BANGSA akan Kuberikan kepadamu menjadi MILIK PUSAKAMU,dan UJUNG BUMI menjadi kepunyaanmu.Maz 2:8

Sebagai penepatan janji Tuhan,Yesus datang daripada salasilah Abraham dan memberkati bangsa-bangsa dengan menyerahkan nyawa-Nya kerana dosa kita.Apabila kita percaya kepada-Nya,kita diberkati dan dijanjikan kehidupan yang kekal bersama-sama Dia.Sekarang Tuhan memanggil kita dengan nama yang baru:Umat-Ku dan anak-anak Allah yang hidup (Roma 9:25-26).Sebagai umat-Nya,kita boleh digunakan oleh-Nya untuk memberkati orang lain.

Ditulis oleh:Jessy Addy
Photographers:Laura Busak &(Kelabit Highlanders Gallery)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: