PROTECT OUR LANDS

Undercover sting exposes Malaysia land-grab – Al Jazeera …

http://www.aljazeera.com/indepth/features/2013/03/2013318131755948174.html

Yeremia 17:11[TB (1974).]

Seperti ayam hutan yang mengerami yang tidak ditelurkannya, demikianlah orang yang menggaruk kekayaan secara tidak halal, pada pertengahan usianya ia akan kehilangan semuanya, dan pada kesudahan usianya ia terkenal sebagai seorang bebal.

Pada awal tahun 2015 pada bulan Januari berlaku banjir besar di Limbang.Kampung kelahiran saya Long Napir juga mengalami banjir yang mengejutkan.Sejak kecil saya tidak pernah mendengar banjir seperti itu.Saya dibesarkan di kampung sampai usia remaja kerana orang tua saya bertugas sebagai pendidik di situ.Saya juga merasa agak khuatir dengan kegiatan pembalakan yang berleluasa yang dilakukan di Ulu Sungai Medihit.Saya difahamkan bahawa beberapa hektar tanah di Ulu Limbang telah dijual oleh pihak yang ingin mengaut keuntungan dari tanah adat ini.Hal ini sangat merugikan orang-orang kampung yang telah bertungkus lumus meneroka kawasan –kawasan berkenaan suatu ketika dahulu.

Suatu ketika dahulu air sungai sangat jernih.Saya sendiri sangat senang pergi menjala ikan di sungai dan begitu mudah mendapat hasil tangkapan.Ayah juga selalu membawa saya memasang pukat berdekatan dan awal pagi apabila kami pergi melihat pukat tersebut saya begitu saya seronok melihat banyak ikan Semah dan sebagainya yang terkena pukat.Namun,sekarang ikan seperti mengalami kepupusan.Sungai juga tidak sejernih dahulu.Sewaktu peristiwa banjir saya terpaksa mengambil penerbangan untuk ke destinasi di luar tempat saya kerana jalan darat tidak dapat dilalui.

Waktu hujan turun akan nampak betapa keruhnya air disebabkan kegiatan pembalakan.Banjir dahsyat yang berlaku awal tahun ini membuat saya agak bersimpati dengan saudara-saudara saya yang terpaksa memunggah barang-barang ,haiwan ternakan ke tempat selamat.Perkara ini bukan suatu perkara yang mudah dilakukan.Saya lebih kesal mendengar bahawa suatu kawasan yang merupakan tanah adat penduduk kampung dirampas.Tempat itu ialah sebuah kawasan orang tua kami membuat ladang.Sejak kecil saya dan sepupu-sepupu saya dibawa mengikut orang tua kami ke situ.Kami juga belajar “menugal” padi,menangkap belalang,dan mencari ikan di anak sungai di situ.Di situ terdapat sebuah gua besar.Datuk saya telah bercerita kisah gua itu kepada saya sewaktu kecil.

Namun,tempat itu dirampas kerana ada sebuah “Company”yang kononnya telah membeli kawasan tersebut dari pihak tertentu.Mereka memecah batu gua tersebut untuk dijual.Sebahagian sudah dibom oleh mereka dan mereka mengaut keuntungan jutaan ringgit dari penjualan pecahan batu tersebut.Pada mulanya mereka memberi pampasan dalam lingkungan RM 100 lebih sebulan kepada penduduk yang pernah menduduki kawasan tersebut namun sejak akhir tahun lepas dihentikan.Mereka sudah enggan membayar tetapi meneruskan kegiatan mereka di situ.

Hal ini mengecewakan orang tua-tua kami yang mencucurkan keringat meneroka dan membuat ladang di situ.Saya masih ingat Lagenda Gua tersebut yang diceritakan oleh datuk saya Pun Saging [bekas ketua kampung Long Napir]sudah meninggal.Itu berlaku ratusan tahun yang lalu.

Waktu kecil saya bergaul dengan kanak-kanak Penan kerana kawasan perkampungan Penan itu berdekatan.Saya masuk hutan dan melihat mereka mengambil “Paluh” sejenis sago dari hutan untuk dijadikan makanan.Pembalakan menyebabkan mereka mengalami kesukaran mendapatkan sumber rezeki.Saya merasa sangat kesihan.Firman Tuhan katakana bukalah mulutmu untuk orang yang bisu membuat saya tidak enak melihat sesuatu yang menimpa  masyarakat kami dan kaum Penan. Bukalah mulutmu  untuk orang yang bisu, untuk hak semua orang yang merana.~Amsal 31:8

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: