Youth Prayer Cycling

Muda-Mudi B.E.M Sarawak mengorak  langkah BERANI dalam merentas negeri Sarawak dengan kayuhan basikal.Laluan tersebut seperti tertera di atas.Minggu yang lalu saya berkesempatan mendengar kesaksian mereka setibanya mereka di Miri.Saya tertarik dengan kesaksian tentang Ps Cheah yang merintis sesuatu yang agak luar biasa dalam pelayanannya.Beliau dikatakan melayani di sebuah negara luar yang agak mundur keadaan hidup masyarakatnya.Di situ dia dan isteri membuka sebuah ruang untuk memelihara beberapa anak yatim yang tiada tempat bergantung.Dia seumpamaan bapa bagi mereka di situ.Ada yang dihantar di situ kerana ibu dan bapanya yang sudah meninggal dunia.Beberapa kesaksian yang agak menyentuh perasaan saya ialah seorang anak di situ yang mendapat virus H.I.V dari ibu bapanya.

Dia dijaga dengan baik di pusat tersebut dan mujizat Tuhan terjadi dia kemudian didapati sembuh daripada penyakit tersebut.Seorang kanak-kanak lelaki yang dititip di situ  oleh ketua kampung merupakan korban pembunuhan orang tuanya.Ibunya dibunuh oleh pencuri yang memasuki rumah mereka dan ketika neneknya datang untuk melihat dia juga dibunuh.Anak tersebut melihat kejadian tersebut dan apabila orang datang mereka mendapati anak itu sedang memeluk ibunya.Ketua kampung mendengar tentang pusat yang didirikan oleh Ps Cheah dan berusaha mencari tempat tersebut.

Bagi membantu mendapat wang untuk membiaya kanak-kanak dalam jagaannya Ps Cheah melakukan banyak kerja seperti menjual barang-barang,bercucuk tanam dan sebagainya.Suatu ketika dia mendapat idea untuk melakukan kayuhan basikal bagi mengutip dana bagi menampung perbelanjaan di rumah anak yatim tersebut.Pastor ini sudah terbiasa melakukan perjalanan menggunakan basikal menjadikan dia cukup tahan lasak dengan aktiviti tersebut.

BERIKUT IALAH JADUAL PERJALANAN YANG TELAH MEREKA LAKUKAN.PUJI TUHAN MEREKA BERJAYA DENGAN MISI TERSEBUT.

TENTATIF…..
Daripada Pastor Peter Ngau ( Penyelaras Pemuda.I BEM (SIB) Sarawak)
Shalom semua keluarga dan rakan sepelayanan bagi program Trans-Sarawak Cycling for Youth ( TSC4Y). Ini adalah gambaran jadual kayuhan basikal beca yg di kayuh oleh Pr.Cheah, peserta pengayuh yg lain serta pengiring kayuhan TSC4Y dr Kuching hingga ke Lawas adalah seperti berikut:- Kayuhan basikal ini akan di rasmikan oleh YB Liwen yg menganti YAB Ketua Menteri bagi memulakan kayuhan pd 27.10 di Bangunan Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak, Kuching.
– Pemulaan kayuhan adalah 27.10 dari Kuching
– tiba di Serian petang 27.10,
– berlepas dr Serian ke Sri Aman pd 28.10
– akan tiba pd di Sri Aman petang 28.10,
– berlepas dr Sri Aman 29.10 dan akan tiba pd Betong pd petang 29.10,
– berlepas dr Betong Ke Sarikei pd 30.10 dan
– tiba di Sarikei pd ptg 30.10,
– berlepas dr Sarikei ke Sibu 31.10, tiba di Sibu pd tengah hari 31.10,
– berlepas dr Sibu ke Mukah pd 02.11, tiba di Mukah pd ptg 02.11,
– berlepas dr simpang Mukah ke Tatau dan
– tiba di Tatau pd petang 03.11,
– berlepas dr Tatau 04.11 ke Bintulu, tiba di Bintulu pd tengah hari 04.11,
– berlepas dr Bintulu ke Batu Niah pd 05.11, tiba di Batu Niah ptg 05.11,
– berlepas dr Batu Niah ke Miri 06.11, tiba di Miri adalah tengah hari 06.11, TSC4Y akan berada selama dua hari penuh di Miri.
– Pada 07.11 satu detik sejarah akn di cetuskan lagi iaitu membawa pasangan pengantin baru dr gereja mggunakan beca dan Pr.Chean akn mmbawa mengelilingi bandar Miri menuju ke hotel pengantin Park City Tanjung Lubang.
– Pada mlm 07.11 ada kebaktian bersama Youth di Bandar Miri di gereja Pelita Garden,
– manakala pd hari ahad 08.12, Pr. Cheah akn khotbah di gereja BEM Bukit Kanada Miri.
– Pada 09.11akn berlepas dr Miri ke Limbang 10.11 berlepas dr Limbang ke Lawas dan tengah hari 10.11 akan tiba di Lawas. Demikianlah agenda dan rancangan yg di susun, sekiranya ada perubahan tarikh kerana cuaca, masalah tenikal di atas jalanraya, akan di hubungi segera di semua tempat laluan, doakan agar ada ramai penyumbang dan penaja bagi program TSC4Y ini.

Doakan perlindungan dan keselamatan bagi semua pengayuh dan pengiring TSC4Y sepanjang program ini berjalan, hindari jauh dari kemalangan, jatuh sakit, niat orang jahat dan sesuatu yg tidak diingini. Terima kasih dan Tuhan memberkati.

PROJEK KUTIPAN DANA BAGI TABUNG KEWANGAN PPP BEM SARAWAK

Mengayuh Basikal oleh Pastor Cheah Chee Moon dari:
Kucihg-Sarikei-Sibu-Bntulu-Miri-Limbang-Lawas

SUMBER:Trans-Sarawak Cycling For Youth – TSC4Y

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: