5 Reasons That He Is Not ‘The One’

 

5 Petanda Yang Dia Bukanlah Jejaka Impian Anda

Oleh Leilani Haywood:

5 Reasons That He Is Not 'The One'

Dengan kadar penceraian yang meningkat di gereja dan di dunia, saya fikir saya ingin sampaikan peringatan baru ini kepada wanita-wanita bujang yang sedang memikirkan perhubungan yang serius. Saya telah melihat banyak kepiluan dari wanita-wanita yang tidak mendengar nasihat pemimpin-pemimpin yang telah menasihati mereka agar jangan berkahwin. Dari pola penceraian, berikut ialah lima tanda amaran yang saya lihat wanita-wanita abaikan tatkala berkahwin dengan lelaki yang salah.

#1. Dia tidak memiliki minat terhadap Tuhan.

Saya hairan kenapa begitu ramai wanita yang mengabaikan tanda amaran yang asas ini. Tetapi saya fikir petanda ini diabaikan kerana mereka rasa terdesak untuk mendapat perhatian dari seorang lelaki atau mencari seorang ayah yang mereka tidak miliki. Jangan tersalah faham – dia mungkin kelihatan berminat terhadap Tuhan untuk sejangka waktu… sehinggalah dia berjaya membawa anda ke mimbar perkahwinan. Selepas itu, bersiaplah untuk perang pagi Ahad apabila dia lebih suka pergi ke acara sukan daripada pergi ke gereja.

Perkahwinan bukanlah kesempatan untuk menginjil, dan bukanlah satu acara penjangkauan. Tuhan menganggap perkahwinan dengan begitu serius sehingga Dia menyatakan bahawa kita tidak boleh disatukan dengan pasangan yang tidak seimbang: “Janganlah kamu merupakan pasangan yang tidak seimbang dengan orang-orang yang tak percaya. Sebab persamaan apakah terdapat antara kebenaran dan kedurhakaan? Atau bagaimanakah terang dapat bersatu dengan gelap?” (2 Kor 6:14).

Selain daripada keputusan mengikuti Kristus, perkahwinan adalah keputusan yang paling penting yang akan anda buat dalam hidup.

#2. Pemimpin-pemimpin dan pastor-pastor anda berfikiran bahawa berkahwin dengannya adalah saranan yang buruk.

Saya telah melihat perkahwinan-perkahwinan dilangsungkan meskipun terdapat amaran daripada pemimpin-pemimpin. Dalam kebanyakan kes, perkahwinan-perkahwinan berakhir dengan penceraian atau sekadar nyawa-nyawa ikan. Apabila suami saya, Jerome melamar saya, saya meminta nasihat daripada beberapa pemimpin. Saya juga menanya mengenai karakternya. Setiap pemimpin memberi ulasan menggalakkan mengenai bakal tunang saya dan berkata baik mengenai integriti dan kesetiaannya. Ulasan mereka adalah petanda bahawa dia adalah “jejaka impian” untuk saya.

#3. Ibu bapa anda tidak sukakannya.

Ibu saya sering memberitahu saya betapa ibu bapanya membenci ayah saya. Dia adalah seorang lelaki berusia 29 tahun yang menawan hati seorang gadis 15 tahun untuk berkahwin dengannya walaupun bertentangan dengan keinginan ibu bapa gadis itu! Tentu saja mereka tidak suka kepada lelaki itu. Ibu saya bertahun kemudian menyesal bahawa dia tidak mendengar nasihat ibu bapanya.

Datuk dan nenek saya bukan Kristian, tetapi saya percaya Tuhan memberi ibu bapa alat pengesan terhadap lelaki yang tidak mempunyai niat terbaik untuk anak-anak perempuan mereka. Apabila ibu saya bertemu Jerome, dia serta-merta suka kepadanya. Jerome dapat mengambil hati ibu bapa saya dan keizinan mereka untuk berkahwin dengan saya. Itu adalah petanda kedua bahawa Jerome adalah “jejaka impian” untuk saya.

#4. Dia tidak memiliki pekerjaan atau tidak bertahan lama dalam satu pekerjaan.

Saya pernah dibelanja makan malam oleh seorang lelaki dengan menggunakan kupon makanan untuk orang tidak bekerja. Walaupun dia seorang Kristian, dia bukanlah calon untuk perhubungan yang serius. Jika anda perlu bayar sendiri dalam perhubungan itu, atau menolongnya secara kewangan kerana dia tidak bertahan lama dalam satu pekerjaan, dia bukanlah calon untuk perkahwinan. Dia mungkin berbahasa roh dan membaca Alkitab, tetapi jika tidak dapat bertahan dalam pekerjaan, ini adalah tanda amaran mengenai karakternya.

Salah seorang kawan saya bertemu dengan seorang lelaki di pejabat pengangguran. Saya memberitahunya saya tidak berfikir bahawa pejabat pengangguran adalah tempat terbaik untuk bertemu dengan seorang lelaki. Kawan saya berdating dengannya tetapi memutuskan perhubungan itu kerana lelaki itu menganggur.

Alkitab berkata jika anda tidak bekerja, anda tidak makan. Memiliki etika kerja adalah suatu kemestian untuk seseorang yang anda sedang fikirkan untuk perkahwinan: “Sebab, juga waktu kami berada di antara kamu, kami memberi peringatan ini kepada kamu: jika seorang tidak mau bekerja, janganlah ia makan.” (2 Tes 3:10).

#5. Dia memiliki ketagihan.

Seorang kawan saya berkahwin dengan seorang yang bergumul dengan pornografi di alam maya. Dia tidak menyedari pergumulan lelaki itu dengan perkara itu sehingga bertahun-tahun selepas perkahwinan dan mempunyai beberapa anak. Lelaki itu tidak rela mendapatkan kaunseling, dan akhirnya mereka bercerai.

Seorang lelaki yang ketagih kepada pornografi, dadah atau minuman keras bukanlah calon untuk perkahwinan. Dia mungkin memberitahu anda bahawa dia merancang untuk mendapat kauseling atau ingin agar Tuhan membebaskannya – sebab itulah yang anda ingin dengar. Tetapi sehinggalah dia bebas daripada ketagihannya, dia bukanlah “jejaka impian” anda.

Saya merayu kepada anda agar tidak berkrompomi dengan piawaian-piawaian ini. Saya telah melihat begitu banyak kepiluan dalam keluarga-keluarga di mana wanita-wanita telah berkahwin melawan nasihat pemimpin-pemimpin yang berhikmat, atau berkahwin seseorang dengan ketagihan. Dengarkanlah pemimpin-pemimpin dan ibu bapa anda. Dan di atas segalanya, jangan membuat pembayaran bagi pihak lelaki itu. Dia bukanlah “jejaka impian” anda.

(Diterjemah oleh SDP dari artikel Charisma Magazine bertajuk, “5 Reasons That He Is Not ‘The One’” penulisan Leilani Haywood bertarikh 12 Februari 2016)

http://domba2domba.blogspot.my/2016/02/5-petanda-yang-dia-bukanlah-jejaka.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: