Sambutan Paskah/Easter di Bandar Limbang Sarawak 2016

Pengkhotbah Jemputan:Pdt Roy@Raden Mochtar/Pdt Roy Untu

Tetamu Jemputan:Bapak Presiden BEM Dr Justin Wan

Gereja Penganjur:BEM Bandar Limbang

Saya sangat teruja mendengar kesaksian Pdt Roy tentang imannya .Suatu ketika beliau ingin ke Amerika.Memang impiannya ingin ke sana.Namun,untuk ke sana perlu biaya yang besar.Oleh kerana tiada wang dia hanya menyerah segala kebutuhannya kepada Tuhan.Sesudah  menempah tiket penerbangan yang bernilai sekitar US 1,800.00 dia hanya menunggu Tuhan melaksanakan keperluannya.Menjelang keberangkatan dia dijemput seorang pengusaha untuk mendoakan kaum kerabat mereka yang sakit.

Setelah usai doa pengusaha menyerah sekeping sampul surat.Sang pendeta malah tidak terus membukanya dan setelah beberapa waktu kerana masih memerlukan wang untuk biaya ke Amerika Roh Kudus mengingatkannya akan sampul tersebut.Di dalamnya berisi wang sejumlah US 1,000.Walau bagaimanapun, masih diperlukan sekitar US 800.00.Wang tadi kemudian dibagi sesama pendeta.Hanya tinggal beberapa ratus keping US.Kemudian,seseorang memberi wang yang cukup kepadanya untuk tambang ke AMERIKA.

Dia akhirnya berangkat dengan membawa US 300.00 di dalam poket.Dalam  perjalanan dia diminta membayar US 500.00 namun wangnya tidak mencukupi.Sewaktu ke tandas seseorang menyapanya dan bertanya adakah dia pendeta dari Indonesia.

Orang  yang tidak dikenal itu memberitahu dia orang Brazil dan memberinya wang sebanyak US 500.00.Kali kedua dia ke tandas seseorang menyapanya dan memberinya wang sebanyak US 1000.00.

Kali ketiga dia ke tandas tiada yang memberi wang…pendeta sengaja berseloroh tentang pertemuannya dengan orang-orang yang murah hati di tandas itu.Singkat cerita dia pulang ke Indonesia setelah pelayanan di Amerika dengan membawa balik wang US 4000.00.Setelah membeli oleh-oleh untuk mereka yang menunggu kepulangannya dia menghitung berkat Tuhan sangat besar lantaran berjalan dalam IMAN kepada penyertaan Tuhan Yesus.

Saya baru “share”kesaksian ini kepada teman saya yang tidak dapat menyertai kebaktian Easter ini kerana pergi kebaktian di daerah lain.Dia kata,merinding bulu roma dia.Saya berkata,saya pernah mendengar kesaksian seorang ibu yang meminta wang kepada suaminya kerana ingin mengadakan party pada hari Sabtu.

Suaminya berkata,bahawa mereka tidak punya wang.Ibu ini memasuki bilik dan berdoa supaya Tuhan menyediakan keperluannya.Dia meminta barang-barang yang diperlukan.Pada pagi hari Sabtu seseorang mengetuk pinta dan menyerahkan sebuah bakul penuh dengan barangan kepadanya.Ibu ini berkata,kamu salah alamat.

Lelaki yang membawa barang itu berkata bahawa barangan yang dia pinta ada dalam bakul itu.Ibu ini begitu teruja melihat semua yang dia perlukan ada dalam bakul itu.Mulutnya terbungkam dan tidak dapat berkata.Orang yang menghantar barang itu berlalu keluar.Kedua suami isteri dapat melihat ke arah  mana tetamu mereka pergi melalui jendela.Namun,aneh setelah memerhati sekian lama kalibat orang  itu langsung tidak kelihatan.Mereka mulai berfikir bahawa Tuhan telah menghantar malaikatnya untuk membantu mereka.

Saat tiada jalan dan tidak mungkin ada orang dapat menolong kita Tuhan tetap punya jalan.Amen!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: