Sang Siput dan Sang Arnab

Lagi aku melihat di bawah matahari bahwa kemenangan perlombaan bukan untuk yang cepat, dan keunggulan perjuangan bukan untuk yang kuat, juga roti bukan untuk yang berhikmat,  kekayaan bukan untuk yang cerdas, dan karunia bukan untuk yang cerdik cendekia, karena waktu dan nasib  dialami mereka semua.~SABDAweb Pkh 9:11

prayer-quotes-god-best-sayings-love-peace

Ada sebuah kisah dongeng tentang Sang Siput dan Sang Arnab yang sangat disukai oleh kanak-kanak.Cerita tersebut mengisahkan tentang Sang Arnab yang sangat angkuh dengan kekuatannya.Suatu ketika ia mengajak Sang Siput berlumba lari.Sang Siput menerima ajakan tersebut.Arnab ketawa terbahak-bahak.Dia berlari meninggalkan Sang Siput.Di pertengahan jalan dia duduk dan berkata dalam hatinya,”baik aku tidur,Sang Siput ini sangat lambat macam kura-kura”.Dia mentertawakan Sang Siput.Sang Arnab lalu tertidur dan tidak menyedari Sang Siput telah meninggalkan dia jauh di belakang.Cerita ini mengingatkan saya bahawa hidup di dunia ini hanya sementara.Tiada yang kita banggakan kerana dalam setiap keadaan kehidupan kita Tuhan sangat mengerti dan Dia tidak memandang rendah kita.Bagi Tuhan kita itu sama-sama berharga.Tuhan menentang orang sombong dan merahmati orang yang rendah hati.Di sekolah pula berlaku persaingan dalam kalangan para pelajar.Mereka yang mulanya berada di tangga teratas tidak seharusnya memandang rendah mereka yang di bawah.Sewaktu sekolah menengah ada seorang teman saya merasa rendah diri kerana sepupunya sangat pandai daripada dia.Dia selalu dimarahi oleh ibunya kerana tidak sepandai sepupunya.Teman saya itu terus belajar dan tetap mempraktikkan gaya hidup yang baik.Namun,sepupunya yang pandai  itu berfoya-foya dengan teman lelaki dan akhirnya dia gagal untuk meneruskan pengajian.Teman saya berjaya dan sekarang bekerja sebagai seorang pegawai.Ada juga kanak-kanak yang nampak tidak pandai sewaktu di sekolah rendah namun pada saat usia menginjak dewasa mereka berjaya dalam bidang masing-masing.Siapapun anda jangan pernah memandang rendah orang lain kerana hari esok di tangan yang Maha Kuasa.~Eva Jess